Kalau
buku sejarah gagal mendidik rakyat Malaysia memahami perjalanan sejarah
Malaysia......maka saya percaya dan meyakini bahawa banyak fakta sejarah yang
masih tersirat tetapi tidak tersurat dalam sejarah Malaysia.
Satu persoalan yang saya rasa penting untuk
rakyat Malaysia fikir kembali ialah....kenapa dalam penulisan buku sejarah
Malaysia kita berligar-ligar bercakap secara detailnya soal penguasaan para
kolonial penjajah dalam perjuangan mereka menguasai perjalanan sejarah
dunia.
Dalam sejarah Malaysia misalnya.......Tidak
salah kita disajikan dengan suasana bagaimana gerombolan penjajah memasuki
tanah melayu sehingga mereka menguasai sistem politik dan ekonomi Tanah Melayu ketika
itu, kerana hakikatnya ianya merupakan fakta sejarah? Yang malangnya ialah di manakah
sudah tokoh-tokoh sejarah tempatan kita....adakah menurut fikiraan kita bahawa
mereka ini merupakan pelakon tambahan dalam sejarah Malaysia.Bukankah mereka
ini merupakan penanda aras bahawa asas kepada gerakan awal sejarah pembinaan
negara bangsa Malaysia telah dimulakan di sini.Kenapa kita gagal merakamkan
perjuangan mereka ini dalam sejarah tanah air sebagaimana kita merakamkan para
penguasa penjajah dalam sejarah negara bangsa kita?
Amat memalukan dan menjijikkan lagi apabila
kita cuba melayani para orentalis barat dalam rakaman penulisan mereka
menganggap yang golongan ini sebagai pengkhianat, pemberontak, lanun,
perompak dan terorisme. Sementera itu bangsa kita sendiri pula yang
melebih-lebih melakukan kezaliman, pemboikotan terhadap mereka, demi hanya
semata-mata kerakusan kita memiliki pangkat dan kuasa!
Tok
Kenali, Tok Janggut, Mat Kilau, Datu Bahaman Prof.Dr.Zulkifli Muhammad, Pak
Sako, Paduka Mat Salleh, Pak Musa,Sharif Osman dan ramai lagi yang tidak
tersebut....perjuangan mereka bukan sekadar laungan kemerdekaan atas permaidani
merah di Padang Merdeka dengan adat kebesaran dan penghormatan
bintang kebesaran tetapi dengan darah dan air mata penderitaan dan
kesengsaran. Kita langsung tidak menilai setiap titisan darah yang mengalir dari
tubuh mereka! Tidak juga kita lakarkan dalam sejarah sebagaimana kita
war-warkan tokoh-tokoh penjajah.
Kalau
adapun mereka tercatat dalam sejarah ianya hanya berupa khazanah yang tersimpan
dalam muzium, tidak seperti tokoh-tokoh imperialisme sebahagian besar mereka
dijadikan kurikulum yang wajib diajar di sekolah. Inilah yang saya katakan di
awal mukaddimah tulisan ini peranan mereka hanyalah pelakon tambahan dalam
penulisan skrip sejarah Malaysia. Adakah kerana kaedah perjuangan mereka ini,
maka kita tidak mebenarkan mereka mewarnai perjalanan sejarah tanah air? Apa
bezanya kita dengan para orentalis barat, bahkan dengan ekstremnya perlakuan
kita lebih teruk daripada peenjajah kalau kita sendiri tidak mengakui bahawa
mereka merupakan pejuang tulin dalam mempertahankan kemerdekaan negara.
Sememangnya sejarah adalah suatu pengkisahan,
yang penulisannya bukan bermakna berdasarkan sesuatu sebab musabab yang benar.
Bahkan sejarah jauh dari kebenaran suatu kejadian apabila penulisnya ada
kepentingan tuntutan peribadi. Sejarah juga penuh dengan dikriminasi dan
dimanipulasikan untuk tujuan tertentu.
Suatu suasana paling mengharukan, menyedihkan
dan sangat menyakitkan ialah mereka terpaksa berhadapan dan bertarung dengan
bangsa sendiri yang menjadi talibarut penjajah ketika itu. Sehingga negara
mencapai kemerdekaan golongan talibarut inilah yang mewarisi dan penerus kepada
cita-cita imperialisme barat bagi mengekal dan menyelamat kepentingan penjajah
dalam negara ini. Cita-cita penjajah, selain daripada mencari jalan apa yang mereka
usahakan selama ini dapat terus diterapkan dalam pemikiran generasi anak-anak
melayu, mereka juga cuba menanamkan rasa bangga dan menghargai serta
mengagung-agungkan penjajah dalam kalangan anak-anak Melayu. Ini terbukti
selepas saja negara merdeka mereka (penjajah) masih lagi memegang jawatan utama
dalam kerajaan persekutuan iaitu Kementerian Pelajaran.